SUSUNAN PENTADBIRAN GPMS

MAJLIS TERTINGGI

Badan pentadbir tertinggi dalam GPMS. Majlis Tertinggi mempunyai kuasa pentadbiran, mengawal selia dan membuat sebarang keputusan bagi keseluruhan hal ehwal pentadbiran, kegiatan dan keahlian GPMS ini terhadap sesuatu yang tidak bercanggah dengan peruntukan undang-undang dan keputusan Persidangan Agung.

Majlis Tertinggi GPMS dilantik tiga (3) tahun sekali di dalam Persidangan Agung Tahunan terdiri daripada :

Pengerusi Tetap

Timbalan Pengerusi Tetap

Presiden

Timbalan Presiden

Tiga (3) Naib Presiden

Ketua Sekretariat Hal Ehwal Wanita (bertaraf Naib Presiden)

Setiausaha Agung

Penolong Setiausaha Agung

Bendahari Agung

Ketua Penerangan

Dua Belas (12) Ahli Majlis Tertinggi

MAJLIS PRESIDEN

Badan penasihat kepada Majlis Tertinggi. Majlis Presiden adalah terdiri daripada sepuluh (10) orang Ahli Majlis Tertinggi dan semua Pengerusi GPMS Negeri atau wakilnya.

JAWATANKUASA NEGERI

Majlis pentadbir yang melaksana dan menyokong segala keputusan yang dibuat oleh Majlis Tertinggi. Mesyuarat Agung Tahunan Negeri hendaklah diadakan selewat-lewatnya tidak kurang dari 21 hari dari tarikh yang ditetapkan untuk Persidangan Agung Tahunan GPMS Kebangsaan.

Satu Jawatankuasa yang dinamakan Jawatankuasa GPMS Negeri hendaklah dilantik tiga (3) tahun sekali di dalam Mesyuarat Agung Tahunan. Jawatankuasa GPMS Negeri terdiri daripada :

Pengerusi

Timbalan Pengerusi

Tiga (3) Naib Pengerusi

Ketua Sekretariat Hal Ehwal Wanita (bertaraf Naib Pengerusi)

Setiausaha

Penolong Setiausaha

Bendahari

Ketua Penerangan

Dua Belas (12) Ahli Jawatankuasa

 

JAWANTANKUASA PENYELARAS DAERAH

Badan yang menyelaras cawangan-cawangan GPMS yang berada di dalam daerah berkenaan. Jawatankuasa Penyelaras Daerah GPMS terdiri daripada:

Pengerusi

Setiausaha

Semua Yang Dipertua @ Wakil Yang Dipertua Cawangan

JAWANTANKUASA CAWANGAN

Badan pentadbir di peringkat cawangan masing-masing. Kuasa Jawantankuasa Cawangan adalah tertakluk kepada keputusan Persidangan Agung dan arahan Majlis Tertinggi. Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan hendaklah diadakan dengan secepat mungkin setelah berakhir tahun kewangan setiap tahun sekali tidak terlewat dari April pada tarikh, masa, tempat yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Cawangan.

Satu Jawatankuasa yang dinamakan Ahli Jawatankuasa GPMS Cawangan hendaklah dilantik dua (2) tahun sekali dalam Mesyuarat Agung Tahunan. Jawatankuasa GPMS Cawangan terdiri daripada:

Yang Dipertua

Timbalan Yang Dipertua

Tiga (3) Naib Yang Dipertua

Ketua Sekretariat Hal Ehwal Wanita (bertaraf Naib Yang Dipertua)

Setiausaha

Penolong Setiausaha

Bendahari

Ketua Penerangan

Dua Belas (12) Ahli Jawatankuasa

JAWATANKUASA CAWANGAN KHAS

Sistem pentadbiran Cawangan Khas adalah sama sebagaimana GPMS Cawangan kecuali pemilihan Jawatankuasa hendaklah dibuat setiap tahun. Cawangan Khas adalah dibawah pengawasan terus Majlis Tertinggi dan sebarang program yang dilaksanakan hendaklah mendapat kebenaran pihak pentadbiran Institusi Pengajian Tinggi berkenaan dan Majlis Tertinggi terlebih dahulu.

Satu Jawatankuasa yang dinamakan Ahli Jawatankuasa GPMS Cawangan Khas hendaklah dilantik satu (1) tahun sekali dalam Mesyuarat Agung Tahunan. Jawatankuasa GPMS Cawangan Khas terdiri daripada:

Yang Dipertua

Timbalan Yang Dipertua

Tiga (3) Naib Yang Dipertua

Ketua Sekretariat Hal Ehwal Wanita (bertaraf Naib Yang Dipertua)

Setiausaha

Penolong Setiausaha

Bendahari

Ketua Penerangan

Dua Belas (12) Ahli Jawatankuasa